50 tahun di dunia ini, pendek masanya
Satu-setengah-hampir-dua keturunan anak-anak Adam dan Hawa.
Lihatlah tanah airku ini!
Kereta dinamakan sempena ikan, pokok, haiwan;
Dengan satu imbuhan berirama, rakyat jelata disatukan.
Bila dekat, penghawa dingin dipeluk semua
Bila jauh, rindu pada hari-hari membara (tapi biasa)
Berpadu dalam kepelbagaian
Dan berbagai dalam perpaduan.
Kadangkala terfikir
Di manalah pingat
Untuk Yusof-Yusof Rono yang menghilang?
Siapalah yang menegur jerat-jerat
Yang jelirkan lidah ke arah kancil meradang?
Akan dikurangkan lambaian parang puting
Dan dilebihkan lambaian tangan, untuk bahu diganding?
Itulah tugasku sebagai anak merdeka.
Jikalau sebegitu, hatiku lega.
Akulah cicit empayar tauge
Dan saksi kepada wawasan pertama daripada semua.
Darahku dari Selatan;
Seleraku keutaraan.
Mindaku mengadukkan Timur dan Barat
Tapi pada Malaysia hatiku taat.
Dirgahayu
Negaraku
Setia dan sejahtera.
50 tahun di dunia ini, cuma permulaan sahaja
Kekallah ibu pertiwi untuk keturunan yang seterusnya.














Comments